Featured, Inovasi, Luar Negara, Tech

Anak Rabun Dekat? ZOC Robot AI Dapat Membantu!

Anda risau tentang tahap penglihatan anak-anak anda? Pada umur berapakah anak-anak anda mengalami masalah penglihatan?

Apabila timbul persoalan-persoalan sebegini, ia akan membuatkan anda sebagai ibu bapa risau tentang tahap penglihatan anak-anak betul tak?

Tetapi di China mereka tidak perlu risau tentang masalah seperti ini lagi apabila di laman Twitter China Xinhua News telah memaklumkan

bahawa para pengkaji daripada Zhongshan Ophthalmic Center of Sun Yat-Sen University mereka telah mencipta sebuah robot AI atau artificial intelligence untuk menjangka tahap penglihatan mata kanak-kanak dan remaja.

Foto: China Xinhua News

Robot ini di gelar ZOC atau dikenali sebagai Intelligent Myopia Prediction. 

Ia dapat membantu dengan menjangka kebarangkalian tahap penglihatan kanak-kanak dan sekaligus menganggarkan sama ada kanak-kanak tersebut harus menggunakan cermin mata atau tidak.

ZOC atau Myopia ini telah di uji dengan 687,000 rekod penglihatan dan 129,000 orang yang terlibat di dalam pengumpulan data penglihatan ini.

Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi menghadapi myopia atau rabun dekat.

Ini kerana kanak-kanak menghabiskan masa dengan menggunakan penglihatan mereka untuk membaca, membuat ulangkaji atau melekat dengan smartphone, laptop atau komputer mereka.

Dengan penggunaan robot AI ini ia dapat mengurangkan beban doktor dan sekaligus meningkatkan tahap kebarangkalian diagnostik tahap penglihatan kanak-kanak dan anda juga!