Tanpa cetusan idea teknologi pada masa lalu, pasti evolusi dan inovasi tidak berlaku.
Dan kini pelbagai cetusan idea serta inovasi di dunia perkomputeran dari sebesar-sebesar komputer hingga ketebalan komputer semakin menipis dek kerana kecanggihan inovasi teknologi itu sendiri.
Universal Automatic Computer (UNIVAC 1)
Ini merupakan komputer pertama yang di gunakan untuk tujuan komersial di United States. Menariknya komputer ini telah dicipta pada tahun 1951 dengan kelebaran 14 inci dan ketinggian 8.5 inci.
Selain itu, komputer ini juga berjaya menjangka pilihanraya Eisenhower pada tahun 1952 dengan menggunakan 1% contoh.
Tambahan lagi, komputer ini juga berjaya menjangka kejayaan pilihanraya akan meningkatkan hasil jualan!
Ferranti Mark 1
Ferranti Mark 1 telah cipta pada tahun 1981 di England, tujuan penciptaannya adalah untuk kegunaan umum.
Ini merupakan komputer pertama di gunakan sebagai kegunaan umum secara komersial. Malah komputer ini juga boleh di gunakan untuk bermain video game.
ACE
Komputer ini pula telah di cipta pada tahun 1950 di United Kingdom, tujuan penciptaannya adalah sebagai penyimpan program komputer atau Stored-Program.
Menariknya ACE ini telah direka oleh Alan Turing, beliau lah yang telah memberi inspirasi mengenai cryptocurrency dan sekali gus memajukan inspirasi ini yang telah dinamakan sebagai “Tuning-complete” currency!
Selain itu, ACE telah digunakan untuk membantu tentera udara British semasa perang dingin!
Manchester Mark 1
Komputer Manchester Mark 1 ini telah dibina pada tahun 1948 di England. Manchester Mark 1 merupakan komputer pertama menunjukan pontensi evolusi teknologi.
Menariknya komputer ini telah dibina dengan menggunakan Small Scale Experimental Machine (SSEM atau Baby).
Komputer ini beroperasi mengunakan Random Access Memory atau dikenali sebagai RAM! Ya, RAM yang dimana komputer dan laptop kita semua ada menggunakan RAM.
ENIAC 1
Komputer ini telah di cipta pada tahun 1946 di United States Amerika. Ia digunakan sebagai pengiraan penyebaran senjata. ENIAC 1 merupakan komputer pertama yang digunakan untuk tujuan peperangan.
Selain itu, ia juga mampu menambah atau menolak dua hingga sepuluh digit dengan kelajuan sehingga 5000 per saat!
Mampu menyimpan segala keputusan pengiraan dan mampu mengira kebarangkalian menghasilkan H-bom!
Harvard Mark 1
Bagi komputer ini pula, ia telah di bina pada tahun 1944 di United States Amerika untuk tujuan perkomputeran elektromekanikal.
Harvard Mark 1 pernah di gunakan semasa perang dunia kedua. Malah ia juga di gunakan untuk membantu Navy mereka bentuk alat seperti torpedo dan pengesan bawah air.
Harvard Mark 1 juga membantu mereka alat pemusnah seperti atomic bom! Bukan calang-calang kegunaan komputer yang telah dicipta oleh orang barat ni!
Colossus Mark 1
Colossus Mark 1 ini telah di cipta pada tahun 1943 di England. Ia di gunakan untuk tujuan memintas mesej secara wireless!
Komputer ini merupakan sumbangan terbesar di dalam perkhidmatan British intelligence. Menariknya komputer ini telah di cipta sehari sebelum penaklukan Normandy atau di gelar sebagai “D-Day”.