Penggunaan drone semakin mendapat tempat di pasaran, kelebihan dan keupayaan drone kini telah diubahsuai mengikut kesesuaian penggunaannya.
Begitulah salah satu syarikat terbesar di China iaitu Alibaba dalam mengkomersialkan penggunaan drone untuk penghantaran barang.
Syarikat Alibaba menggunakan sebaik mungkin perkembangan teknologi dan inovasi terkini seperti drone!
Penggunaan drone dapat membantu melicinkan tugas posman! Dalam membantu menghantar bungkusan penghantaran kepada memilik masing-masing dengan cepat dan efektif.
Taobao merupakan online shopping platform milik Alibaba di kawasan pendalaman di Pulau Meizhou di wilayah Fujian, China.
Taobao telah menggunakan drone untuk menghantar bungkusan penghantaran dari pulau ke pulau yang lain.
Ini merupakan syarikat platform shopping online yang pertama, menghantar bungkusan penghantaran menggunakan drone dengan merentasi lautan!
Setiap drone yang sederhana kecil boleh membawa barang muatan sehingga 7kg.
Manakala tiga drone yang agak besar mampu menampung muatan sebanyak 12kg untuk sekali penghantaran! Wah, hebat betul bukan?
Drone ini mengambil masa selama 9 minit perjalanan sepanjang 5km dengan muatan masing-masing.
Cetusan penggunaan drone serta inovasi drone untuk membawa muatan bungkusan penghantaran ke kawasan-kawasan yang terpencil seperti di pulau-pulau sememangnya membantu tugas para posman dalam menghantar barang bungkusan!
Malah, dengan penggunaan drone juga dapat menjimat masa serta tenaga!