BMW Malaysia telah mengambil peluang pada hari ini untuk memperkenalkan BMW Moments – iaitu program keistimewaan pemilikan yang unik merangkumi semua pengalaman serta perkhidmatan pemilikan yang eksklusif, ia dirumus khas untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium yang komprehensif dan menyeluruh daripada BMW Group Malaysia.
BMW Moments mempersembahkan rangkaian perkhidmatan dan keistimewaan yang terbaik, berhak kepada setiap pemilik jentera BMW. Ia merangkumi pelbagai tawaran bermula dari pilihan pembiayaan yang fleksibel dan inovatif; penjagaan dan bantuan premium yang boleh dipercayai; sehingga ke penarafan kenikmatan pemanduan yang sempurna untuk para pelanggan menerusi pelbagai keistimewaan gaya hidup yang eksklusif; kesemuanya ditawarkan melalui tiga kategori yang tersendiri meliputi ‘BMW Support’, ‘BMW Care’ dan ‘BMW Privileges’.
Tenang sepanjang masa dengan BMW Support
Dengan BMW Support, pemilik BMW tidak perlu lagi berasa khuatir dengan adanya tawaran seperti perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) dan Talian Kemalangan (Accident Hotline). Program perkhidmatan kecemasan ini menambah baik ciri keselamatan dan kemudahan bagi pemilik BMW di atas jalan raya.
Program-program waranti untuk pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya dengan BMW Care
Sebagai sebahagian daripada pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh, semua kenderaan BMW yang baharu disertakan dengan Waranti Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW dengan Servis Berjadual Percuma.
Waranti yang dibelakangi oleh pengeluar kenderaan ini akan ditawarkan sehingga tahun kelima bagi pemilikan kenderaan yang berkenaan dengan perbatuan tanpa had. Lanjutannya, program tersebut juga merangkumi servis berjadual percuma dan penyelenggaraan untuk jumlah perbatuan sehingga 100,000 km.
Nikmati pembiayaan yang inovatif dan gaya hidup yang lebih sempurna dengan ‘BMW Privileges’.
Melalui pemilikan kereta BMW, anda dapat menikmati pelbagai manfaat dan keistimewaan yang eksklusif untuk pemilik BMW dengan ‘BMW White Card’, ‘BMW White Card Elite’, atau ‘BMW Excellence Club’ bagi pemilik BMW 7 Series. Samada ia melibatkan undangan ke acara-acara BMW yang eksklusif atau tawaran melibatkan makanan, beli belah dan gaya hidup, kelab pemilik BMW merupakan sebuah gerbang yang dapat membawa anda menikmati gaya hidup premium yang tiada tolak tandingannya.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai BMW Moments, sila layari www.bmw.com.my/BMWMoments, atau anda boleh mengakses pelbagai keistimewaan yang ditawarkan pada bila-bila masa sebagai pelanggan BMW menerusi Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ yang tersedia di ‘Apple App Store’ atau ‘Google Play’.