Tech, Gadget, Telefon

Pecah Rekod Shopee: Realme 2 Pro Paling Laris Dijual Dalam Masa 3 Jam

Berikutan kejayaan pelancarannya pada 7 November, Realme, jenama telefon pintar baru yang berkualiti tinggi, telah mencatatkan jualan sebanyak 2,500 unit untuk Realme 2 Pro dalam hanya 3 jam dan merupakan produk terlajak laris pada ‘Shopee 11.11 Big Sale’!

Pencapaian mengagumkan ini mencipta satu rekod baru bagi jualan pertama di Shopee dalam kalangan semua jenama telefon pintar. Selepas hanya empat hari dilancarkan, telefon pintar kelas flagship Realme terbukti menjadi pilihan baru dalam kalangan golongan muda di Malaysia yang menginginkan telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan skrin penuh dewdrop, pemproses ultra-responsif, serta rekaan yang anggun – semua ini pada harga berpatutan.

Sehari selepas kejayaan jualan Realme di ‘Shopee’s 11.11 Big Sale’ KC Har, Pengurus Produk, Realme Malaysia dan Calvin Teng, Pengurus Kategori, Shopee Malaysia telah turun padang sendiri untuk menghantar Realme 2 Pro kepada Cik Qi yang tinggal di Kuala Lumpur. Ia merupakan satu kejutan manis buat pelanggan bertuah ini, kerana beliau tidak menyangka akan menerima unitnya begitu cepat setelah membuat pembelian di Shopee.

Realme 2 Pro mempunyai kapasiti RAM sehingga 8GB dan 128GB memori simpanan dalaman (ROM), dan mampu menerima kad mikroSD sehingga 256GB. Selain itu, pilihan 4GB RAM + 64GB ROM dan 6GB RAM + 64GB ROM juga boleh didapati pada harga yang lebih mampu dimiliki.

Realme 2 Pro dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660AIE yang memberikan ciri prestasi yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, serta Adreno 512 GPU yang dilengkapi enjin AI untuk pengalaman AI yang sebenar dan lancar.

Realme 2 Pro menggunakan sistem AI Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5.2 yang hadir dengan lebih banyak ciri asas bagi mengoptimumkan keberkesannya untuk penggunaan harian.

Dengan paparan skrin penuh dewdrop seluas 6.3 inci, Realme 2 Pro mempunyai nisbah skrin kepada badan sehingga 90.8%. Badan belakang Realme 2 Pro dilapisi laminasi terdiri daripada 15 lapisan atom, dengan rekaan halus yang memberikan kesan lut cahaya bak titisan embun.

Tawaran Khas di Shopee semasa ‘Shopee 11.11 Big Sale’:

4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga runcit biasa ialah RM 849)
6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga runcit biasa ialah RM 949)
8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga runcit biasa ialah RM 1,099)

Realme juga akan menganjurkan satu lagi acara jualan untuk Realme 2 Pro di Shopee Malaysia pada 15 November, pukul 9 pagi. Maklumat lanjut mengenai pelbagai tawaran tersebut boleh didapati tidak lama lagi. Jangan ke mana-mana.

Untuk maklumat lanjut mengenai Realme 2 Pro di Shopee, sila layari laman sesawang berikut: Realme