Zaman Millennia ini terlalu banyak penyakit telah di temui, tetapi tidak banyak kaedah dan rawatan yang selamat di jumpai dalam usaha menyelamatkan nyawa seorang insan.
Tetapi kini, seorang remaja berusia 13 tahun mencipta sejarah apabila beliau berjaya mencipta satu alat yang lebih selamat untuk merawat penyakit kanser!
Menariknya remaja berusia 13 tahun ini memfokuskan kaedah rawatan yang selamat untuk penyakit kanser pankreas! Wah, bukan sembarangan orang tau adik ni!
Saintis muda, Rishab Jain yang berusia 13 tahun, berasal daripada Portland, Oregon. Merupakan pemenang bagi pertandingan ‘2018 Discovery Education 3M Young Scientist Challenge’ Beliau telah dinobatkan sebagai pemenang apabila hasil ciptaannya PCDLS Net mendapat pengiktirafan oleh juri.
“Ianya bermula pada musim panas tahun lepas, semasa saya melawat abang saya di Boston” ujar Rishab
“Dari situ saya mengetahui, bahawa data statistik tentang jangka hayat pesakit yang menghidap penyakit kanser pankreas ini sangat rendah!” katanya lagi.
Rishab merupakan seorang programmer muda dan amat meminati ‘AI’ iaitu Artificial Intellegence.
Dan kini beliau telah berjaya mencipta kaedah rawatan yang lebih selamat bagi pesakit yang menghidapi penyakit kanser pankreas iaitu PCDLS Net, iaitu sebuah program yang dapat membantu mengesan kedudukan pankreas pesakit semasa rawatan radioterapi di jalankan.
“Di dalam tempoh 5 tahun, jangka hayat pesakit yang menghidap kanser ini adalah lebih kurang 9% dan manakala dalam tempoh 10 tahun pula, jangka hayat pesakit adalah lebih kurang 1%, di mana ia sangat rendah” tambah Rishab lagi
Tetapi dengan adanya PCDLS Net ini, ia dapat membantu pesakit dengan mengesan kedudukan pankreas dengan cepat dan pantas semasa rawatan radioterapi di jalankan.
Selain itu, bantuan daripada PCDLS Net, dapat membantu mengurangkan kesan radiasi terhadap kawasan sel baik sebanyak 4 millimeter daripada jumlah kawasan awal iaitu 7 millimeter dari kawasan kanser!
Walaupun hanya mampu menurangkan kesan radiasi sebanyak 4 millimeter sahaja tetapi ia dapat meningkatkan tisu serta sel baik untuk membantu pesakit untuk kembali pulih!
“Saya mempunyai perancangan dalam tempoh 5 tahun, saya ingin mengwar-warkan tentang alat ciptaan saya ‘PCDLS Net’ dan membantu meningkatkan kadar jangka hayat pesakit kanser pankreas ini!” ujarnya bersemangat!
Admin berharap, akan ramai lagi anak muda seperti Rishab yang berfikiran inovasi, kreatif, menghasilkan produk berkualiti serta berteknologi tinggi dan ia membantu memberi sumbangan kepada dunia serta masyarakat!