Featured, Automotif, Inovasi, Internet, Tech, Video

Daebak! Kereta Wi-Fi? Biar Betul!

Daebak! Daebak! Apa benda daebak daebak ni? Hah, yang daebaknya adalah kereta yang di lengkapi dengan penggunaan Wi-Fi! Ya Wi-Fi!

Dengan teknologi yang kiat berkembang pesat, penggunaan internet amat di titik beratkan tambahan pula segala urusan di atas talian memerlukan penggunaan Wi-Fi atau data internet, betul tak?

Foto: Bentley Tysons (Gambar Sekadar Hiasan)

Sekarang kita dah ada bas yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi! Jadi tak lama lagi mungkin semua pengeluar kereta yang berjenama di dunia ini akan menukar kereta buatan mereka menjadi kereta yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi seperti kereta berjenama terkemuka ini, Bentley!!

Bentley mengumumkan pelancaran kereta terbarunya ‘Advanced Connectivity – The World’s First Super Fast Reliable & Secure in-car Wi-Fi System’.

Wah menarik bukan! Bentley menghasilkan kenderaan yang berkonsepkan mesra teknologi kepada anda, dengan perkhidmatan penuh internet jalur lebar bagi kegunaan ketika bergerak menuju ke destinasi yang di kehendaki oleh anda semua!

Bayangkan anda memandu pada kelajuan 110 km/h, tetapi internet jalur lebar anda berfungsi dengan baik dan mampu mengekses pelbagai website atau menggunakan aplikasi dan menonton video tanpa sebarang masalah!

Bentley akan mengeluarkan kereta Wi-Fi ini pada tahun depan 2019 untuk keluaran Bentley Mulsanne nanti!