Featured, Luar Negara, Tech

Seni Bina Bangunan Yang Tak Masuk Akal! Tak Percaya?

Hai semua! selamat menyambut Hari Deepavali kepada anda semua, ada yang masih bercuti? Ada yang berjalan-jalan hari ni? Hah bagi yang berjalan-jalan melihat panorama kesibukan kota atau keindahan alam.

Pernah tak jumpa jalan raya yang pelik atau tempat yang pelik? Pernah tak? Hah, kat sini penulis nak berkongsi dua buah negara yang mempunyai laluan kenderaan yang tak masuk akal!

TKP Gate Tower Building di Osaka, Jepun

Foto: Forbes

Biasanya apabila laluan jalan raya ingin di bina, syarikat atau kerajaan akan membeli tanah yang ingin di jadikan jalan raya itu betul? Tetapi berlainan di Jepun, apabila pemilik tanah tersebut tidak mahu melepaskan tanahnya kepada syarikat ‘The Highway Cooperation‘!

Tetapi setelah lima tahun mencari kata sepakat dan persetujuan akhirnya satu perjanjian atau usahasama telah dibuat dan mengikut undang-undang tanah yang baru pada tahun 1989 di Jepun, membolehkan dua pemilik kepada tanah yang diingini tersebut.

Dan akhirnya pembinaan yang unik dan tak masuk akal ini mula di jalankan dan kini ia menjadi salah satu tarik pelancong di Jepun! Wah, menarik bukan? Biasa orang bila laluan ni di bawah tanah tapi dalam bangunan pun jadilah!

Foto: Katalog Wisata

Landasan Monorail Mountain City Apartment di Chongqing, China

Foto: Newshub

China merupakan sebuah negara yang tinggi kadar kepadatan penduduknya. Di Chongqing, China kepadatan penduduknya lebih daripada 49 juta penduduk! Wow, banyak betul tu!

Hah, mesti ramai yang nak tahu kalau penduduk dah ramai, macam mana pula dengan pembinaan jalan raya dan sebagainya?

Okay ni yang unik dan memang lain daripada yang lain penulis nak kongsikan.

Ahli arkitek dan perancang bandar Chongqing ini mula membuat satu plan inovasi dengan idea membina sebuah landasan monorail di dalam sebuah bangunan apartment setinggi 19 tingkat!

Pelik tapi benar, dan ahli jurutera mereka telah merialisasikan pembinaan ini sekitar tahun 2004 yang lalu! Wah, dah lama sebenarnya ya. Dan stesen monorail ini telah di beri nama sebagai ‘Mountain City’ kerana laluanya yang berbukit.

Foto: Pinterest