Gadget, Tech

Nokia Lancar Telefon Pintar Kelas Bajet Nokia 5.1 Plus Ke Dalam Pasaran Malaysia

HMD Global, pembuat telefon Nokia, mengumumkan bahawa Nokia 5.1 Plus boleh didapati mulai 6 November pada harga runcit yang dicadangkan RM899. Nokia 5.1 Plus boleh didapati di semua penjual Nokia yang sah di Malaysia serta kedai dalam talian rasmi Nokia di Lazada – www.lazada.com.my

Model berkenaan telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia buat pertama kalinya oleh HMD Global pada penghujung September lepas ketika satu majlis yang turut dihadiri oleh Duta Besar Finland ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Petri Puhakka.

Mengenai Nokia 5.1 Plus

Nokia 5.1 Plus dikuasakan oleh pemproses termaju octa-core MediaTek Helio P60 yang kebiasaannya terdapat di dalam telefon pintar yang lebih mahal. Enjinnya telah direka bentuk semula bagi memberikan tenaga yang diperlukan untuk permainan mudah alih, video atau melancarkan beberapa aplikasi pada satu masa dengan mudah.

Pengimejan yang termaju membolehkan anda mengambil foto berkualiti studio dengan keupayaan mengesan kedalaman imej dan pilihan kesan bokeh serta pencahayaan potret. Kamera dwi sensor 13MP/5MP di bahagian belakang dengan penstabil video elektronik memastikan anda dapat merakamkan video yang lebih stabil dan tajam agar anda tidak terlepas detik istimewa bersama-sama rakan, tidak kira dalam apa jua keadaan.

Paparan HD+ 5.8 inci dari hujung ke hujung yang amat menakjubkan pastinya menggembirakan para peminat. Nokia 5.1 Plus menampilkan reka bentuk yang tulen dengan kemasan kaca melengkung 2.5D di depan dan belakang, dilengkapi dengan bucu melengkung dan bezel kamera logam yang dimesin CNC dengan tingkap kaca optik dan kemasan bingkai yang berkilauan.

Berukuran senipis 8mm, reka bentuknya yang ergonomik dengan kelengkungan yang berterusan mencetuskan sensasi yang hebat apabila dipegang. Casis Nokia 5.1 Plus yang ditempa sepenuhnya daripada logam dengan bingkai polikarbonat sangat berkualiti serta melepasi ujian suhu ekstrem dan ujian kejatuhan bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti yang ditetapkan untuk telefon Nokia.

Tulen, selamat dan terkini, diperkukuhkan dengan komitmen Android One
Setiap peranti akan kekal segar sepanjang masa dengan pengemaskinian keselamatan pada setiap bulan selama tiga tahun dan jaminan kemaskini sistem operasi (OS) selama dua tahun selepas pelancaran. Sama seperti semua telefon pintar Nokia di dalam program Android One, anda akan dapat menikmati kuasa bateri dan ruang simpanan yang lebih besar kerana ia tidak menggunakan skin tambahan atau aplikasi yang tidak diperlukan daripada pihak ketiga. Dengan memberikan anda Android Oreo™ terus daripada kotak, anda boleh menikmati semua ciri terkini seperti Google Lens di dalam telefon Nokia anda yang baharu. Ia juga sedia untuk menerima Android Pie. Penambahbaikan terkini itu antara lain akan membawakan pelbagai ciri-ciri yang hebat seperti App Actions yang serba baharu.

Dua warna pilihan

Nokia 5.1 Plus boleh didapati di dalam dua warna pilihan iaitu Gloss Black dan Gloss Midnight Blue. Dapatkan pakej bundle eksklusif di semua penjual Nokia yang sah pada harga RM899 yang didatangkan dengan sebuah beg galas, pelindung skrin tempered glass dan sarung pelindung bernilai RM200. Nokia 5.1 Plus juga boleh didapati melalui kedai dalam talian rasmi Nokia di Lazada pada harga istimewa RM809 bagi tempoh yang terhad, sementara stok masih ada.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta video tentang Nokia 5.1 Plus, sila kunjungi laman Facebook Nokia Malaysia @NokiamobileMY.