Featured, Gaming, Telefon

Anda Seorang Gamerz? 7 Spek Gempak ASUS ROG Di Reka Khas Untuk Anda!

Mobile Legend, Assassin’s Creed Identity, Ragnarok, Clash of Clans dan pelbagai lagi game-game yang trending menjadi perhatian generasi muda di Malaysia bukan? Bagi Master Gamerz pasti tercari-cari telefon pintar yang tahan untuk bermain permainan dari aplikasi-aplikasi seperti di atas betul?

Ya lah bayangkan sedang syok bermain game tiba-tiba telefon anda jem atau terpadam terus di sebabkan procesor lembab atau pun simpanan telefon tidak mencukupi!

Oleh itu, bagi penggemar barangan elektronik seperti telefon pintar anda pasti mencari yang berkaitan dengan gaming, anda tentu tercari-cari gajet atau telefon pintar yang bagaimanakah yang bersesuaian untuk digunakan tatkala syok bermain game?

Telefon pintar ASUS ROG (Republic of Gamers) ada jawapan untuk pencarian anda!

Foto : Asus
Foto : Asus

7 Spek Gempak ASUS ROG

Reka Bentuk

Telefon pintar Asus ROG menggunakan kombinasi berteknologi tinggi yang direka khas menggunakan perincian 2.5D dan 3D – Curved Corning merupakan lengkungan di setiap penjuru telefon bimbit pintar ini.

Selain itu, rekaan telefon yang berbentuk futuristik ini memberikan sentuhan berani, tambahan lagi telefon pintar Asus ROG ini mempunyai daya ketahanan dua kali ganda!

Foto : Asus

Jadi anda tidak perlu risau jika telefon anda terjadi akibat terlalu khusyuk bermain game! Kerana telefon ini memang tahan hentakan tau.

Aura RGB

Apa dia Aura RGB ni? Sebenarnya Aura RGB ini sebenarnya adalah cahaya petir! Ya, petir. Asus mengeluarkan telefon pintar ROG yang pertama di dunia dengan penghasilan cahaya petir yang terpancar pada logo ROG di bahagian belakang telefon pintar ini.

Foto : Asus

Selain itu, kesan petir ini juga akan muncul apabila telefon anda menerima panggilan, notifikasi dan macam-macam lagi, ini membuatkan telefon anda mempunyai keunikannya yang tersendiri!

Ultra – Performance

Telefon pintar Asus ROG ini sangat menitik beratkan performance terutama menaiktarafkan telefon pintar khas untuk gaming ini!

ROG menggunakan CPU Adreno 630 yang merupakan kunci utama gaming! Dan kelajuan grafik kad yang telah di upgrade sebanyak 30% memberikan persembahan terbaik dan lancar khas untuk gamerz di luar sana.

ROG Sistem Penyejukan yang power !

Jika anda menggunakan Asus ROG ini anda tidak perlu risau tentang sistem penyejukan di dalam telefon pintar ini, kerana Asus menggunakan AeroActive cooling untuk menyejukan komponen di dalam telefon pintar ini dengan pantas !

Visualiti Gempak

Asus ROG terbaru ini menawarkan tahap visualiti yang tinggi dan menarik perhatian khas untuk gamers! telefon pintar ROG ini di lengkapi dengan visual Ultrafast AMOLED yang menghasilkan visualiti pada paparan skrin telefon dengan sangat terang seperti dunia sebenar!

Cas Tanpa Had Semasa Bermain

Bagi seorang gamers, semasa bermain game di telefon tidak sah kalau anda tidak cas telefon anda sambil bermain bukan? Tetapi kesannya, anda tidak selesa bermain game.

Sekarang anda tidak perlu risau tentang itu semua, Asus ROG ini di reka khas untuk gamers seperti anda! Mengapa? kerana telefon ini di reka khas untuk gamers-gamers seperti anda, ini kerana tempat pengecasnya di bahagian sisi telefon! Kini anda tidak perlu risau tentang ketidakselesaan semasa syok bermain game kegemaran anda!

Foto : Asus

Ultrasonic Airtriggers

Apa dia Ultrasonic Airtriggers ni sebenarnya? Untuk pengetahuan anda fungsi Ultrasonic Airtriggers ni bertindak seperti game-console seperti PS2, PS3, PS4 dan PSP. Sensor yang direka ini mempunyai kawalan yang sangat terperinci dan sensitif pada sentuhan yang memberikan kepuasan ketika anda bermain game pada telefon seperti anda bermain PS2, PS3, PS4 dan PSP ! Hebat bukan?