Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Featured

Si Genius 13 Tahun Menggemparkan Dunia Perubatan!

by Mas Idayu
November 12, 2018
in Featured, Gadget, Inovasi, Komputer, Life, Luar Negara, Tech
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Zaman Millennia ini terlalu banyak penyakit telah di temui, tetapi tidak banyak kaedah dan rawatan yang selamat di jumpai dalam usaha menyelamatkan nyawa seorang insan.

Tetapi kini, seorang remaja berusia 13 tahun mencipta sejarah apabila beliau berjaya mencipta satu alat yang lebih selamat untuk merawat penyakit kanser!

Foto: Tech Insider

Menariknya remaja berusia 13 tahun ini memfokuskan kaedah rawatan yang selamat untuk penyakit kanser pankreas! Wah, bukan sembarangan orang tau adik ni!

Saintis muda, Rishab Jain yang berusia 13 tahun, berasal daripada Portland, Oregon. Merupakan pemenang bagi pertandingan ‘2018 Discovery Education 3M Young Scientist Challenge’ Beliau telah dinobatkan sebagai pemenang apabila hasil ciptaannya PCDLS Net mendapat pengiktirafan oleh juri.

Foto: Tech Insider

“Ianya bermula pada musim panas tahun lepas, semasa saya melawat abang saya di Boston” ujar Rishab

“Dari situ saya mengetahui, bahawa data statistik tentang jangka hayat pesakit yang menghidap penyakit kanser pankreas ini sangat rendah!” katanya lagi.

Rishab merupakan seorang programmer muda dan amat meminati ‘AI’ iaitu Artificial Intellegence.

Dan kini beliau telah berjaya mencipta kaedah rawatan yang lebih selamat bagi pesakit yang menghidapi penyakit kanser pankreas iaitu PCDLS Net, iaitu sebuah program yang dapat membantu mengesan kedudukan pankreas pesakit semasa rawatan radioterapi di jalankan.

“Di dalam tempoh 5 tahun, jangka hayat pesakit yang menghidap kanser ini adalah lebih kurang 9% dan manakala dalam tempoh 10 tahun pula, jangka hayat pesakit adalah lebih kurang 1%, di mana ia sangat rendah” tambah Rishab lagi

Tetapi dengan adanya PCDLS Net ini, ia dapat membantu pesakit dengan mengesan kedudukan pankreas dengan cepat dan pantas semasa rawatan radioterapi di jalankan.

Selain itu, bantuan daripada PCDLS Net, dapat membantu mengurangkan kesan radiasi terhadap kawasan sel baik sebanyak 4 millimeter daripada jumlah kawasan awal iaitu 7 millimeter dari kawasan kanser!

Walaupun hanya mampu menurangkan kesan radiasi sebanyak 4 millimeter sahaja tetapi ia dapat meningkatkan tisu serta sel baik untuk membantu pesakit untuk kembali pulih!

“Saya mempunyai perancangan dalam tempoh 5 tahun, saya ingin mengwar-warkan tentang alat ciptaan saya ‘PCDLS Net’ dan membantu meningkatkan kadar jangka hayat pesakit kanser pankreas ini!” ujarnya bersemangat!

Admin berharap, akan ramai lagi anak muda seperti Rishab yang berfikiran inovasi, kreatif, menghasilkan produk berkualiti serta berteknologi tinggi dan ia membantu memberi sumbangan kepada dunia serta masyarakat!

 

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
INSENTIF GOMEN

Isu Kebuluran Yang Semakin Merosot Di Luar Negara

November 13, 2025
Luar Negara

Adakah Tindakan Laos Terhadap Ekopelancongannya Berjaya?

November 12, 2025
Life

Rahsia Wanita Berhijab Nampak Anggun Walaupun Gaya Simple

November 11, 2025
Inovasi

Hab Inovasi Garuda Spark: Inovasi Digital Di Medan

November 10, 2025
Berita

Krisis Sudan Semakin Parah, Penduduk El-Obeid Cemas Ancaman Serangan RSF

November 10, 2025
Next Post

[Laporan] Kualiti Streaming Video di Malaysia Termasuk Paling Teruk Di Dunia

  • 313 Followers

Recommended

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

10 Istilah Unik Di Twitter, Dan Malaysia Di Mata Dunia

September 22, 2022

Sony Xperia 10 & Sony Xperia 10 Plus Serbu Pasaran Teknologi Februari Ini

February 26, 2019

Fortnite Battle Royale for Android version 6.30 update overview

September 30, 2025

7 Trending Game Dalam Aplikasi Facebook!

November 22, 2018

Nampak Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Perbezaan Antara LRT dan MRT

October 29, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.