Telefon

iPhone X Tidak Mampu Tandingi Google Pixel 2

Sebelum ini kami pernah menyiarkan ranking telefon bimbit yang mempunyai kamera yang terbaik dimana pada ketika itu Google Pixel 2 menduduki tangga teratas dengan skor sebanyak 98. Ranking ini telah diberi oleh DxOMark yang tak boleh dinafikan sememangnya pakar dalam menilai peranti kamera terbaik

iPhone X Hanya Memperoleh 97 skor

Dengan munculnya iPhone X dipasaran, ternyata ramai yang tertanya berapakah skor yang diperolehi oleh peranti ini kerana sebelum ini iPhone 8 jauh ketinggalan di belakang iaitu memperoleh 92 mata dan iPhone 8 Plus 94 mata.

Kini setelah dibuat ujian penanda aras, pihak DxO turut telah mengeluarkan skor DxO untuk iPhone X iaitu sebanyak 97. Skor ini turut dikongsi Huawei Mate 10 Pro sekaligus meletakkan kedua- duanya di tangga kedua selepas Google Pixel 2.

Rakaman Video iPhone X Kurang Memuaskan

Secara keseluruhannya kualiti gambarnya masih lagi antara yang tebaik. Namun begitu, untuk video yang memperoleh 89 skor, rakaman sedikit kurang memuaskan ketika keadaan cahaya malap (atau ketika gelap). Untuk yang ingin dapatkan iPhone X, jangan lupa dapatkannya di Apple Store berhampiran anda bermula 24 November ini

Sumber : DXOMark