Telefon

Lelaki Ini Cuba Kopak iPhone X dan Hasilnya Mengejutkan

Selepas beberapa hari iPhone X berada dipasaran, banyak video yang mengulas spesifikasi iPhone edisi istimewa sempena ulang tahun Apple ke-10 ini. Di antaranya beberapa video di YouTube mengenai iPhone X, ada satu video menarik yang dimuat naik oleh seorang YouTuber berasal dari China.

Sesuai dengan namanya, dalam video yang berjudul ‘Teardown iPhone X’ itu, seorang YouTuber membuka isi dalam iPhone X untuk melihat komponen dalam. Dengan bantuan beberapa alat, dia cuba membuka iPhone X dari sisi skrin sebelah atas.

Penampakan pertama setelah dibongkar, nampaknya dua biji bateri digunakan di bawah layar OLED berukuran 5,8 inci.

Dua bateri yang digunakan iPhone X berbeza ukuran, dimana bahagian bawah berukuran nipis melebar dan bahagian atas 1/2 kali lebih kecil dan agak memanjang. Apple memilih untuk tidak memaksakan kapasiti dalam satu bateri besar.

Selain dua bateri, dalam video berdurasi 15 minit 13 saat tersebut juga memperlihatkan motherboard iPhone X yang berukuran kecil. Jom saksikan video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=1Uze2pic9RA

Sumber Apple 中文_欢迎订阅