Sebentar tadi, rata- rata pengguna aplikasi WhatsApp di Malaysia telah melaporkan bahawa aplikasi ini telah ‘down’ dan menjejaskan perhubungan mereka dimana rata -rata rakyat negara ini menggunakan WhatsApp sebagai medium utama mereka.
Terganggu Sejak 8 Pagi
Ini bukanlah kali pertama WhatsApp menghadapi masalah yang sama kerana pada awal tahun ini, kebanyakkan pengguna turut mengalami masalah yang sama. Sebentar tadi menerusi laporan Express.uk, berjuta pengguna telah mengalami masalah ini sejak dari 8 pagi ini di USA dan mula terkesan pada pengguna di Asia sebentar tadi.
WhatsApp Sedang Memperbaiki Jaringan
Menerusi sumber yang sama, ianya dipercayai kerana beberapa penambahbaikan telah dijalankan dan Whatsapp turut mengesahkan masalah ini dan sedang giat jalankan pembaikan yang mungkin bakal mengambil masa beberapa minit mahupun jam bergantung pada lokasi dan negara yang terlibat.