Uncategorized

Tersalah Hantar Mesej WhatsApp? Kini Anda Boleh Memadamnya

Sering kali tersalah hantar mesej WhatApp? Jangan risau kerana bermula hari ini, anda kini boleh memadam mesej tersebut kepada kenalan anda

Mesej Dalam Kurang Tempoh 7 Minit

Namun begitu, menurut pihak WhatsApp ciri memadam mesej yang tersilap hantar untuk pengguna Android, iPhone dan juga Windows Phone ini perlulah dipadamkan dalam tempoh kurang 7 minit. Selepas tempoh berkenaan, maaf kerana anda tidak boleh memadamkannya lagi. Mesej yang dipadam akan tertera perkataan “This Message Was Deleted”

Bakal Diperkenalkan Secara Berperingkat

Untuk memastikan kedua -dua pihak menerima fungsi ini, anda dan penerima mesej berkenaan perlulah mengemaskini versi WhatsApp Messenger yang terkini. Menurut WhatsApp juga fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat dan mengambil masa beberapa minggu sebelum fungsi ini ditawarkan sepenuhnya.

Jika anda sudah menerima fungsi inim pasti akan tertera dua pilihan yakni “Delete For Everyone” yang akan memadam mesej berkenaan pada penerimanya dan “Delete for Me” untuk anda sahaja.

Sumber : WhatsApp

Gambar : Wabetainfo