Apple Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi bagi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dimana kedua – dua tampil dengan harga yang mencecah RM4000 bagi sebuah peranti dengan memori terendah.
Celcom Tawarkan Harga Serendah RM 83
Berita baik untuk anda yang ingin memilikinya dengan pakej terendah, Celcom tampil dengan plan Celcom EasyPhone. Dengan pakej ini, cukup hanya RM 83 sebulan atau bermula dengan RM 1,748 anda boleh memiliki iPhone 8 dengan hanya mendaftar kontrak mereka di bawah pasca bayar Celcom First.
Pelbagai Pakej Terendah Untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus
Dengan pengumuman rasmi dari Apple, Celcom antara yang terawal menampilkan pelbagai pakej pasca bayar terkini seperti – First Gold Plus, First Gold Supreme, First Platinum dan First Platinum Plus. Kesemua pelan pasca bayar ini didatangkan dengan panggilan tanpa had ke semua talian dan pelbagai pakej data internet bulanan. Anda hanya perlu mendaftar untuk kontrak selama 24 bulan dan dapatkan iphone 8 dengan harga serendah RM 1,748. Untuk harga tawaran pakej, anda boleh rujuk kepada harga seperti berikut :
Untuk anda yang berminat untuk dapatkan pilihan lain, mungkin anda boleh dapatkan pakej bayaran terdahulu melalui plan Celcom EasyPhone dimana anda bakal mendapat iPhone 8 dengan bayaran RM, 83 sebulan. Walau bagaimanapun harganya bergantung pada pelan pasca bayar Celcom First yang anda langgani dan juga pilihan anda untuk dapatkan perlindungan telefon bimbit tersebut.
Jualan Rasmi Bermula 20 Oktober
Untuk penjualan unit iPhone 8 dan iPhone 8 Plus secara rasminya akan bermula pada 20 Oktober ini, Namun untuk tempahan, ianya telah pun bermula pada 13 Oktober di kesemua stor jualan Apple yang diiktiraf. Jika dikira pada jumlah harga nya, ini bermakna harga jualan runcit kedua – dua iphone ini di Celcom jauh lebih murah berbanding harga tempahan di 11street yang telah bermula sejak dua minggu lalu.
Untuk maklumat lanjut mengenai plan ini, anda bolehlah rujuk ke laman web rasmi Celcom
Sumber : Lowyat.net