Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

10 Cara Kurangkan Berat Badan Dengan Berkesan, Bukan Sekadar Azam Awal Tahun

by Farah Fatihah
November 13, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: Alodokter

Setiap tahun, ramai yang berazam nak kuruskan badan tapi sayangnya, semangat tu selalu hilang separuh jalan. Kalau kalian pun salah seorang yang pernah “terkantoi” di tengah usaha diet, jangan risau!

Kali ni Hangat.com akan kongsikan 10 tips kurus yang terbukti berkesan dan mudah diamalkan setiap hari. Jom semak!

Jangan Biarkan Perut Lapar Terlalu Lama

Kalau perut kosong terlalu lama, badan akan masuk fasa “kebuluran”. Waktu ni, kalian akan lebih cenderung untuk makan banyak dalam satu masa.

Lebih baik makan dalam kuantiti kecil tapi kerap supaya metabolisma kekal aktif dan kalian tak jadi ‘mangsa’ nafsu makan sendiri.

Makan Ikut Waktu

Melangkau waktu makan boleh buat kalian jadi terlalu lapar pada waktu seterusnya. Bila dah gabung sarapan dengan makan tengah hari (brunch), kalian cenderung untuk makan berlebihan.
Tetapkan jadual makan tetap setiap hari supaya sistem badan lebih seimbang.

Pilih Makanan Tinggi Serat

Makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur, dan bijirin penuh bukan saja bantu penghadaman, tapi juga buat kalian cepat kenyang.
Serat juga membantu:
• Kawal paras gula darah
• Kurangkan kolesterol
• Lindungi usus besar daripada penyakit

Ambil Buah Sebelum Makan

Antara cara paling mudah nak kawal nafsu makan iaitu ambil buah sebelum makan berat.
Buah boleh “penuhi” sebahagian ruang dalam perut, jadi kalian akan cepat rasa kenyang. Tapi, pesakit diabetes perlu berhati-hati ya!

Minum Air Kosong Sebelum Makan

Kalau tiada buah di rumah, gantikan dengan minum air kosong sebelum makan. Ia bantu isi perut tanpa kalori tambahan, sekaligus buat kalian cepat kenyang dan tak makan berlebihan.

Kunyah Perlahan-Lahan

Ramai yang makan laju sebab sibuk. Tapi tahu tak, bila kalian kunyah perlahan, otak sempat hantar isyarat kenyang.

Luangkan masa 20–30 minit untuk makan agar pencernaan lebih baik dan kalian lebih mudah kawal jumlah makanan.

Elak Makan Depan Skrin

Tonton TV atau scroll telefon sambil makan? Ini tabiat yang patut dihentikan.

Kajian menunjukkan, makan sambil tengok skrin boleh menyebabkan seseorang makan lebih banyak tanpa sedar. Fokus pada makanan kalian!

Gunakan Pinggan Kecil

Trik psikologi mudah tapi berkesan iaitu gunakan pinggan kecil!

Kajian menunjukkan pertukaran dari pinggan 12 inci ke 10 inci boleh bantu kurangkan pengambilan kalori hingga 22%.

Pinggan kecil = otak rasa makanan banyak dan dapat kenyang lebih cepat!

Disiplin Itu Kunci Utama

Tak ada gunanya semua tips kalau tiada disiplin. Kadang semangat nak diet memang turun naik, tapi kawal diri adalah segalanya.

Jangan mudah tergoda dengan iklan makanan atau ajakan makan besar. Ingat matlamat kalian!

Jangan Hidang Makanan Atas Meja

Meja penuh lauk memang menggoda. Tapi kalau nak kawal nafsu makan, elakkan hidang semua sekali di meja makan.

Ambil makanan yang diperlukan saja dan simpan selebihnya di dapur. Kurang nampak, kurang godaan.

Kurus Itu Tentang Gaya Hidup, Bukan Sekadar Diet

Terdapat banyak cara mudah untuk kurangkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Yang penting, kekalkan disiplin, amalkan pemakanan seimbang, dan jangan terlalu keras pada diri sendiri.

Sedikit perubahan setiap hari boleh membawa hasil besar. Semoga tips ini bantu kalian capai berat badan impian dengan sihat dan selamat.

Selamat mencuba!

Sumber: Ecentral

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023
Foto: The Metropolitan Museum of Art, New York

Unik! 10 Jam Tertua Di Dunia

November 22, 2018

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.